Bahan-Bahan :
200 gm coklat masakan - Dipotong kecil
150 gm mentega
35 gm serbuk koko
1/3 cawan air panas
250 gm gula perang
150 gm kacang hazel - Dikisar
4 biji telur gred A - Diasingkan kuning dan putihnya
Cara Menyediakan :
1. Panaskan ketuhar 180'C. Gris loyang 9 inci dan alas dengan kertas minyak. Cairkan mentega dan coklat menggunakan teknik double boiler menggunakan api yang perlahan. Angkat sebaik sahaja coklat cair. Biarkan minit.
2. Masukkan serbuk koko dan air panas ke dalam mangkuk pengadun dan kacau hingga rata dan halus. Masukkan campuran mentega, serbuk koko, gula, serbuk kacang hazel dan kuning telur. Kacau rata.
3. Pukul putih telur sampai kembang. Kemudian masukkan separuh telur putih yang telah dipukul tadi ke dalam adunan kek dan kacau rata dengan spatula. Tuangkan putih telur yang selebihnya ke dalam adunan kek. Kacau lagi hingga rata mengikut satu arah.
4. Tuang adunan kek dalam loyang dan bakar selama 40-50 minit atau cucuk tengah kek menggunakan lidi. Pastikan terdapat sedikit adunan kek yang melekat pada lidi bagi mendapatkan kek yang sedikit lembab. Biarkan kek sejuk. Anda akan dapat perhatikan yang kek akan naik semasa dibakar tetapi turun dan agak mampat semasa sejuk.
5. Hias dengan coklat ganache.
Coklat Ganache
100 gm coklat masakan - Dicincang
1/4 cawan heavy cream
1. Masak coklat dan krim hingga coklat cair dengan menggunakan kaedah double boil. Angkat coklat dari double boiler dan tuangkan atas kek dalam keadaan masih hangat. Coklat akan meresap sedikit ke dalam kek. Biarkan sejuk dan hias mengikut kreativiti.
---------------------------------------------------
Like dan Subscribe di Youtube : Dapur Jefp

