-->

Resipi Mufin Kismis Madu


Bahan-Bahan :

250 gm tepung gandum
200 gm mentega
150 gm gula aising
100 gm kismis
2 sudu kecil madu
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
Sedikit garam
Mangkuk mufin

Cara Menyediakan :

1. Pukul mentega, telur, esen vanila, madu dan gula aising sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan tepung yang telah dicampurkan dengan serbuk penaik dan garam sedikit demi sedikit. Gaulkan sebati.
3. Selepas itu, barulah masukkan kismis. Ambil satu sudu adunan, masukkan ke dalam mangkuk mufin.
4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit hingga 25 minit.

---------------------------------------------------
Like dan Subscribe di Youtube : Dapur Jefp